Open Education Resources
1. Apakah yang dimaksudkan dengan OER?
OER adalah pembelajaran secara terbuka di mana bahan-bahan pendidikannya berada dalam domain awam media,berlesen terbuka dan dokumen yang boleh digunakan secara terbuka. Malah ianya percuma bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh menyalin, menggunakan, menyesuaikan diri dan berkongsi pendapat dan maklumat di OER. OER merangkumi proses pengajaran (kuliah), bahan dan modul pengajaran, proses perbincangan, penilaian seperti nota kuliah, video, ujian, projek dan sebagainya.
2. Nyatakan satu contoh OER
Massive open online course (MOOC) iaitu kursus dalam talian bertujuan untuk penyertaan interaktif besar-besaran dan akses terbuka melalui laman web. Selain bahan-bahan kursus tradisional seperti video, bacaan, dan set masalah, MOOC juga menyediakan forum pengguna interaktif yang membantu membina masyarakat untuk pelajar dan tenaga pengajar.
3. Bagaimanakah penggunaan OER dijadikan sebagai satu inovasi dalam dunia pendidikan?
OER amat membantu dalam P&P masa kini di mana ianya bersifat terbuka dan percuma untuk digunakan. Ini dapat menjimatkan masa di mana para pelajar boleh mengaksesnya pada bila-bila masa. Selain itu, bahan pengajaran dapat di simpan oleh para pelajar dengan mudah tanpa perlu menggunakan buku dan sebagainya di samping para guru atau pensyarah boleh berkolaborasi antara satu sama lain. Proses pembelajaran akan menjadi lebih interaktif dan berdaya saing nagi memenuhi kemahiran abad ke 21.
4. Bagaimana isu-isu berkaitan hakcipta ditangani dalam penggunaan OER?
OER itu sendiri iaitu bahan pendidikan yang berada dalam domain awam media berlesen terbuka, oleh itu masalah hak cipta itu sendiri seharusnya tidak perlu dijadikan isu. Pengguna bebas untuk menggunakan bahan-bahan yang disediakan tanpa memerlukan keizinan dari penulis mahupon pencipta